![]() |
| :: FiMOS :: |
FiMOS pernah menjadi satu topik hangat di mailinglist di Malaysia suatu ketika dahulu. Ada yang membantah, ada yang menyokong, ada pula yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Walaubagaimanapun, jika kita lihat dari sudut perspektif yang lain, FiMOS cuba membawa konsep penerapan sumber terbuka di Malaysia dengan cara tersendiri, tidak mengikut cara tradisi komuniti sumber terbuka. Jika kebiasaannya, pengguna yang ingin menggunakan sistem operasi sumber terbuka perlu memuatturun ISO, burn ke CD, membuat instalasi dan konfigurasi sendiri. Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan teknikal didalam perisian sumber terbuka, ini merupakan perkara biasa. Tetapi bagaimana pula dengan pengguna baru yang ingin mencuba? Sudah tentu ini merupakan halangan yang besar yang perlu mereka lalui. Jika pengguna itu rajin dan tdak mudah mengalah, insyaAllah, dia akan berjaya membuat instalasi dan konfigurasi. Tetapi jika dia berputus asa, sudah tentu dia tidak akan meneruskan niat untuk menggunakan perisian sumber terbuka dan ini merupakan satu kerugian kepada komuniti sumber terbuka. Jika ditanya jiran sebelah rumah kita, adakah dia tahu cara-cara memuatturun ISO, burn ke CD dan membuat installasi, anda mungkin tahu jawapannya. Pendekatan yang dibawa oleh FiMOS mungkin berbeza dan sukar diterima oleh komuniti sumber terbuka di Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya mereka berusaha membuat sesuatu supaya perisian sumber terbuka terus berkembang di Malaysia. Langkah ini lebih baik dari hanya duduk dikalangan komuniti dan menghentam sesama sendiri.


