Pages

20 May 2011

FiMOS :: First Malaysian Operating system

:: FiMOS ::

FiMOS pernah menjadi satu topik hangat di mailinglist di Malaysia suatu ketika dahulu. Ada yang membantah, ada yang menyokong, ada pula yang mengambil sikap tunggu dan lihat. Walaubagaimanapun, jika kita lihat dari sudut perspektif yang lain, FiMOS cuba membawa konsep penerapan sumber terbuka di Malaysia dengan cara tersendiri, tidak mengikut cara tradisi komuniti sumber terbuka. Jika kebiasaannya, pengguna yang ingin menggunakan sistem operasi sumber terbuka perlu memuatturun ISO, burn ke CD, membuat instalasi dan konfigurasi sendiri. Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan teknikal didalam perisian sumber terbuka, ini merupakan perkara biasa. Tetapi bagaimana pula dengan pengguna baru yang ingin mencuba? Sudah tentu ini merupakan halangan yang besar yang perlu mereka lalui. Jika pengguna itu rajin dan tdak mudah mengalah, insyaAllah, dia akan berjaya membuat instalasi dan konfigurasi. Tetapi jika dia berputus asa, sudah tentu dia tidak akan meneruskan niat untuk menggunakan perisian sumber terbuka dan ini merupakan satu kerugian kepada komuniti sumber terbuka. Jika ditanya jiran sebelah rumah kita, adakah dia tahu cara-cara memuatturun ISO, burn ke CD dan membuat installasi, anda mungkin tahu jawapannya. Pendekatan yang dibawa oleh FiMOS mungkin berbeza dan sukar diterima oleh komuniti sumber terbuka di Malaysia, tetapi sekurang-kurangnya mereka berusaha membuat sesuatu supaya perisian sumber terbuka terus berkembang di Malaysia. Langkah ini lebih baik dari hanya duduk dikalangan komuniti dan menghentam sesama sendiri.

19 May 2011

GIMP :: GNU Image Manipulation Program

Anda pernah dengar GIMP? Mungkin dikalangan komuniti grafik, perisian ini bukan sesuatu yang asing bagi mereka. Tapi anda bagaimana? Untuk pengetahuan anda semua, GIMP merupakan satu perisian rekabentuk grafik yang berasaskan konsep sumber terbuka. Ya!, sumber terbuka. Ini bermakna perisian ini percuma. GIMP merupakan alternatif kepada Adobe Photoshop. Alternatif kepada pengguna yang ingin menggunakan perisian yang asli tetapi pada kos yang amat rendah. Ini lebih baik dari menggunakan perisian cetak rompak. Selain digunakan untuk merekabentuk grafik, ianya juga boleh digunakan untuk membuat touch up pada foto. GIMP juga mempunyai laman sesawang yang menyediakan beratus plugins yang disumbangkan oleh komuniti dan boleh dimuatturun secara percuma di registry.gimp.org.